Sejarah bukan sekadar catatan lama. Ia adalah peringatan hidup buat umat manusia. Dalam al-Quran, Allah SWT merakamkan pelbagai kisah kaum yang dibinasakan akibat keingkaran mereka terhadap ajaran para nabi. Kisah-kisah ini bukan untuk hiburan, tetapi sebagai iktibar agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Allah SWT berfirman: فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ Maksudnya: "Ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir." (Surah al-A'raf: 176) Ayat ini menunjukkan bahawa hikmah penceritaan dalam al-Quran adalah untuk membuka hati dan fikiran manusia agar mengambil pelajaran. Justeru itu, umat akhir zaman yang kini hidup dalam dunia penuh fitnah dan godaan, lebih-lebih lagi perlu mengambil iktibar. 1. Kaum 'Aad: Sombong dengan Kemajuan Kaum 'Aad hidup selepas kaum Nabi Nuh dan tinggal di satu kawasan bernama al-Ahqaf (selatan Semenanjung Arab, dipercayai di antara Oman dan Yaman). Mereka diberi kekuatan tubuh badan dan membina bangunan heba...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain