Baru

Kenapa Umat Akhir Zaman Wajib Ambil Iktibar dari Kaum-kaum yang Dibinasakan?

  Sejarah bukan sekadar catatan lama. Ia adalah peringatan hidup buat umat manusia. Dalam al-Quran, Allah SWT merakamkan pelbagai kisah kaum yang dibinasakan akibat keingkaran mereka terhadap ajaran para nabi. Kisah-kisah ini bukan untuk hiburan, tetapi sebagai iktibar agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Allah SWT berfirman: فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ Maksudnya: "Ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir." (Surah al-A'raf: 176) Ayat ini menunjukkan bahawa hikmah penceritaan dalam al-Quran adalah untuk membuka hati dan fikiran manusia agar mengambil pelajaran. Justeru itu, umat akhir zaman yang kini hidup dalam dunia penuh fitnah dan godaan, lebih-lebih lagi perlu mengambil iktibar. 1. Kaum 'Aad: Sombong dengan Kemajuan Kaum 'Aad hidup selepas kaum Nabi Nuh dan tinggal di satu kawasan bernama al-Ahqaf (selatan Semenanjung Arab, dipercayai di antara Oman dan Yaman). Mereka diberi kekuatan tubuh badan dan membina bangunan heba...

Kisah Nabi Yasa A.S.

Nabi Yasa' termasuk salah satu nabi yang diutus oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t menyebut namanya dan memujinya tetapi Dia tidak menceritakan kisahnya. Allah s.w.t berfirman dalam surah Shad:



"Dan inilah hamba-hamba Kami: Ibrahim, Ishak dan Yakub yang mempunyai perbuatan-perbuatan besar dan ilmu-ilmu yang tinggi. Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi, yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat. Dan sesungguhnya mereka pada sisi Kami benar-benar termasuk orag-orang pilihan yang baik. Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa' dan Zulkilfi. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik." (QS. Shad: 45-48)



Pendapat yang utama menyatakan bahawa Nabi Yasa' adalah Yasa' yang disebutkan dalam Taurat, sementara Injil Bamabas menceritakan bahwa beliau mampu menghidupkan orang yang gila. Ini adalah mukzijat beliau.

Ulasan